Dahulu aku adalah simpanan, aku tidak dikenali lalu aku suka untuk dikenali

TEKS BAHASA ARAB

كنت كنزا لا أعرف، فأحببت أن أعرف، فخلقت خلقا فعرفتهم بي فعرفوني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dahulu aku adalah simpanan, aku tidak dikenali lalu aku suka untuk dikenali maka aku cipta makhluk lalu aku kenalkan diriku kepada mereka lalu mereka mengenaliku.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 141, hadis nombor 232. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

نص الحفاظ كابن تيمية والزركشي والسخاوي على أنه لا أصل له.

Para ulama’ seperti Ibn Taimiyah, al-Zarkashi, al-Sakhawi menyebutkan bahawa tiada asal baginya.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs