Daging yang terbaik adalah daging di bahagian belakang

TEKS BAHASA ARAB

أطيب اللحم لحم الظهر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daging yang terbaik adalah daging di bahagian belakang (binatang korban).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 398, hadis nombor 2127. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمد بن عبد الرحمن قال: كنا عند عبد الله بن الزبير بالمزدلفة، فنحر لنا جزورا، فقال عبد الله بن جعفر: إن رسول الله ﷺ كان يلقى اللحم (وفي رواية: والقوم يلقون لرسول الله ﷺ اللحم)، قال: وقال رسول ﷺ: «أطيب اللحم لحم الظهر». [هـ، ك، حم، الحميدي، حل، البغوي، «الضعيفة» (2813)].

(Lemah) Daripada Muhammad bin Abdul Rahman, beliau berkata: Suatu ketika kami bersama Abdullah bin al-Zubayr di Muzdalifah, lalu beliau menyembelih seekor unta untuk kami. Abdullah bin Ja’far pun berkata: "Sesungguhnya Rasulullah ﷺ dahulunya diberikan potongan bahagian daging (pada riwayat lain: orang ramai memberi Rasulullah ﷺ bahagian daging)". Katanya: Rasulullah bersabda: "Daging yang terbaik adalah daging di bahagian belakang (binatang korban)". [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam Musnadnya, al-Humaydi dalam Musnadnya, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan al-Baghawi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2813].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs