Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَطْيَبُ اللَّحْمِ لَحْمُ الظّهْر.
Teks Bahasa Melayu
Daging yang terbaik adalah daging di bahagian belakang (binatang korban).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 398, hadis no. 2127. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن محمد بن عبد الرحمن قال: كنا عند عبد الله بن الزبير بالمزدلفة، فنحر لنا جزورا، فقال عبد الله بن جعفر: إن رسول الله ﷺ كان يلقى اللحم (وفي رواية: والقوم يلقون لرسول الله ﷺ اللحم)، قال: وقال رسول ﷺ: «أطيب اللحم لحم الظهر». [هـ، ك، حم، الحميدي، حل، البغوي، «الضعيفة» (2813)].
(Lemah) Daripada Muhammad bin Abdul Rahman, beliau berkata: Suatu ketika kami bersama Abdullah bin al-Zubayr di Muzdalifah, lalu beliau menyembelih seekor unta untuk kami. Abdullah bin Ja'far pun berkata: "Sesungguhnya Rasulullah ﷺ dahulunya diberikan potongan bahagian daging (pada riwayat lain: orang ramai memberi Rasulullah ﷺ bahagian daging)". Katanya: Rasulullah bersabda: "Daging yang terbaik adalah daging di bahagian belakang (binatang korban)". [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam Musnadnya, al-Humaydi dalam Musnadnya, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan al-Baghawi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2813].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman