Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Daging para ulama beracun

Teks Bahasa Arab

لُحُومُ الْعُلَمَاءِ مَسْمُومَةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Daging para ulama beracun.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 74, hadis no. 308. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بحديث وهو مأخوذ من الآية {أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ..} [الحجرات: 12] الآيه وهو من كلام ابن عساكر.

Ia bukan hadith, sebaliknya diambil daripada ayat: "Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya" [Surah al-Hujurat ayat 12]. Ungkapan tersebut bersumberkan daripada ucapan Ibn 'Asakir.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.