Daging binatang buruan darat adalah halal bagi kamu

TEKS BAHASA ARAB

لحم صيد البر لكم حلال وفي رواية: وأنتم حرم ما لم تصيدوه، أو يصد لكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daging binatang buruan darat adalah halal bagi kamu (dalam sebahagian riwayat menyebutkan: sewaktu kamu berihram), selagi mana kamu tidak berburu atau ianya diburu untuk kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 30, hadis nombor 140. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أبو داود (1851) ، والنسائي (5/ 187) والترمذي (846) وأحمد (3/ 362) وعبد الرزاق في المصنف (8349) والشافعي في مسنده (1/ 322- 323-) وابن خزيمة (4/180) وابن حبان (980) والطحاوي في شرح المعاني (2/ 171) وابن الجارود في المنتقى (5/ 190) والبغوي في شرح السنة (7/ 263- 264) من طرق عن عمرو بن أبي مولى المطلب عن المطلب عن جابر مرفوعاً فذكره. وقد رواه عن عمرو جماعة منهم: يعقوب بن عبد الرحمن ويحيى بن عبد الله بن سالم وإبراهيم بن محمد بن أبي يحيى الأسلمي ومالك وسليمان بن بلال وخالفهم عبد الرحمن بن أبي الزناد، فرواه عن عمرو أخبرني رجل ثقة من بني سلمة، عن جابر فذكره.
أخرجه أحمد (3/ 189) حدثنا سريج ثنا ابن أبي الزناد به وعبد الرحمن بن أبي الزناد متكلم في حفظه، فروايته مرجوحة وقد أخرجه الطحاوي (2/ 171) والدارقطني (2/ 290) من طريق الدراوردي عن عمرو عن رجل من الأنصار، عن جابر مرفوعاً به. قال الحاكم: صحيح على شرط الشيخين ووافقه الذهبي.
قلت: كذا وكأنهما لم يستحضرا علة الحديث، وهي الانقطاع. فقد قال الترمذي: المطلب لا نعرف له سماعاً من جابر. وقال الدارمي: لا نعرف له سماعاً من أحد من الصحابة. وفي التلخيص الحبير (2/ 276) : قال البخاري لا أعرف له سماعاً من أحد من الصحابة إلا قوله: حدثني من شهد خطبة النبي صلى الله عليه وسلم. ثم علة أخرى قال النسائي عقبه: عمرو بن أبي عمرو ليس بالقوي في الحديث، وإن كان روى عنه مالك.
قلت: يشير إلى أن شيوخ مالك فيهم ضعفاء، وليس قولهم مالك لا يروي إلا عن ثقة على إطلاقه. وهو الحق إنما يقصدون بهذه العبارة في حق أي راو الغالب. والله أعلم.
تنبيه: هذا الحديث عزاه الحافظ في التلخيص (2/ 276) لأصحاب السنن وهو تسامح فلم يروه ابن ماجه منهم، فليعلم ذلك، والله أعلم.

Dha’if. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Daud (1851), al-Nasa’ei (5/187), al-Tirmizi (846), Ahmad (3/362), ‘Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf (8349), al-Shafi’ei dalam Musnad beliau (1/322-323), Ibn Khuzaimah (4/180), Ibn Hibban (980), al-Tahawi dalam Syarh al-Ma’ani (2/171), Ibn al-Jarud dalam al-Muntaqa (5/190), dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (7/263-264) melalui sanad ‘Amr bin Ubai mawla al-Muttalib daripada al-Muttalib daripada Jabir secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut.
Selain itu, hadith tersebut juga telah diriwayatkan daripada ‘Amr oleh sekumpulan perawi, antaranya: Ya’qub bin ‘Abd al-Rahman, Yahya bin ‘Abdillah bin Salim, Ibrahim bin Muhammad bin Abi Yahya al-Aslami, Malik, dan Sulayman bin Bilal. ‘Abd al-Rahman bin Abi al-Zinad telah meriwayatkan berbeza dengan mereka semua. ‘Abd al-Rahman telah meriwayatkannya daripada ‘Amr, katanya seorang lelaki thiqah daripada Bani Salamah telah khabarkan kepada aku daripada Jabir, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Ianya telah dikeluarkan oleh Ahmad (3/189), katanya Suraij telah menceritakan kepada kami, katanya Ibn Abi al-Zinad telah menceritakan kepada kami. ‘Abd al-Rahman bin Abi al-Zinad dipertikaikan hafalan beliau. Oleh itu, riwayat beliau ditolak. Hadith tersebut turut dikeluarkan oleh al-Tahawi (2/171) dan al-Daraqutni (2/290) melalui sanad al-Darawardi daripada ‘Amr daripada seorang lelaki daripada kalangan Ansar daripada Jabir secara marfu’ hadith tersebut. Al-Hakim berkata: "Sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim", dipersetujui oleh al-Zahabi.
Saya berkata: Demikianlah! Seakan-akan mereka berdua (al-Hakim dan al-Zahabi) tidak mengetahui kecacatan hadith tersebut, iaitu terputusnya sanad. Al-Tirmizi telah berkata: "al-Muttalib, tidak kami ketahui beliau ada mendengar hadith daripada Jabir". Al-Darimi berkata: "Tidak kami ketahui beliau ada mendengar hadith daripada mana-mana sahabat". Juga dalam al-Talkhis al-Habir (2/276): "al-Bukhari berkata: ‘Tidak aku ketahui beliau ada mendengar daripada mana-mana sahabat, kecuali kata beliau: telah menceritakan kepada aku orang yang telah menyaksikan khutbah Nabi SAW’. Kemudian kecacatan lain adalah sebagaimana kata al-Nasa’ei setelah membawakan hadith itu: ”Amr bin Abi ‘Amr seorang yang tidak kuat dalam hadith sekalipun Malik meriwayatkan daripada beliau".
Saya berkata: Beliau isyaratkan bahawa guru-guru Malik juga ada yang dha’if. Orang yang mengatakan: "Malik tidak meriwayatkan kecuali daripada perawi thiqah secara mutlak", ianya benar. Namun, dimaksudkan melalui ungkapan ini adalah kebanyakan perawi. Wallahua’lam. Peringatan: Hadith ini telah disandarkan oleh al-Hafiz dalam al-Talkhis (2/276) kepada penulis-penulis kitab Sunan, ianya sikap bermudah-mudah kerana hanya Ibn Majah yang meriwayatkannya, maka ketahuilah. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs