Daging bersama gandum adalah kuah bagi para nabi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اللحم بالبر مرقة الأنبياء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daging bersama gandum adalah kuah bagi para nabi.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 386-387, hadis nombor 2052. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن الحسين بن علي – رضي الله عنه – مرفوعا: «اللحم بالبر مرقة الأنبياء». [السلمي في «طبقات الصوفية»، «الضعيفة» (418)].

(Sangat Lemah) Daripada al-Husayn bin Ali RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Daging bersama gandum adalah kuah bagi para nabi". [Riwayat al-Sulami dalam Tabaqat al-Sufiyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 418].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.