Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أحفوا الشوارب وأعفوا اللحى، وانتفوا الذي في الآناف.
Teks Bahasa Melayu
Cukurlah misai, peliharalah janggut dan potonglah apa yang ada di dalam hidung.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1612, hadis no. 8123. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((أحفوا الشوارب وأعفوا اللحى، وانتفوا الذي في الآناف)). [عد، ((الضعيفة)) (1068)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin ‘Amr R.anhuma secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): “Cukurlah misai, peliharalah janggut dan potonglah apa yang ada di dalam hidung.” [Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adiy dalamal-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1068]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman