Cukurlah misai dan simpanlah janggut!

TEKS BAHASA ARAB

احفوا الشوارب، وأعفوا اللحى، ولا تشبهوا باليهود.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cukurlah misai dan simpanlah janggut, dan janganlah kamu menyerupai orang Yahudi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 29, hadis nombor 100. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((احفوا الشوارب، وأعفوا اللحى، ولا تشبهوا باليهود)).
[الطحاوي في ((شرح المعاني))، ((الضعيفة)) (2107)]

(Lemah) Daripada Anas RA, Nabi SAW bersabda: Cukurlah misai dan simpanlah janggut, dan janganlah kamu menyerupai orang Yahudi.
[Riwayat al-Tahawi dalam Syarah al-Ma’ani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2107]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.