Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قُصُّوا الشاربَ وأعفُوا اللِّحىَ، ولاَ تَمْشُوا في الأسواقِ إلا وعليكم الأُزر؛ إنَّه لَيْسَ مِنَّا مَنْ عَمِلَ سُنَّةَ غَيْرِنَا.
Teks Bahasa Melayu
Cukurlah misai dan peliharalah janggut, dan janganlah kamu berjalan-jalan di pasar melainkan dalam keadaan berkain. Sesungguhnya bukan daripada kalangan kami sesiapa yang mangamalkan sunnah selain sunnah kami.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1625, hadis no. 8212. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((قصوا الشارب وأعفوا اللحى، ولا تمشوا في الأسواق إلا وعليكم الأزر؛ إنه ليس منا من عمل سنة غيرنا)). [طس، ((الضعيفة)) (4057)]
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Cukurlah misai dan peliharalah janggut, dan janganlah kamu berjalan-jalan di pasar melainkan dalam keadaan berkain. Sesungguhnya bukan daripada kalangan kami sesiapa yang mangamalkan sunnah selain sunnah kami.)) [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4057].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman