Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَفى بالمْرْءِ مِنَ الشُّحِّ أن يَقولَ: آخُذُ حَقِّي ولا أتْرُكُ منهُ شيْئًا
Teks Bahasa Melayu
Cukuplah seseorang itu kedekut bila dia berkata: Aku mengambil hak aku dan aku tidak akan meninggalkan apa pun darinya.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 784, hadis no. 4025. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أمامة مرفوعا: ".. كفى بالمرء من الشح أن يقول: آخذ حقي ولا أترك منه شيئا. [ك، ((الضعيفة)) (2234)]
(Lemah) Daripada Abi Umamah RA secara marfu’: “Cukuplah seseorang itu kedekut bila dia berkata: Aku mengambil hak aku dan aku tidak akan meninggalkan apa pun darinya.” [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2234]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman