TEKS BAHASA ARAB
کفی بالمرء من الشح أن يقول: أخذ حقي ولا أترك منه شيئا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Cukuplah seseorang itu dikira bakhil jika dia berkata: Aku telah mengambil bahagianku dan aku tidak meninggalkan sisa pun.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2000, hadis nombor 10030. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعاً: .. کفی بالمرء من الشح أن يقول: أخذ حقي ولا أترك منه شيئاً.
[ك، ((الضعيفة)) (2234)]
(Lemah)
Daripada Abu Umamah RA. -diriwayat secara marfu’-: Cukuplah seseorang itu dikira bakhil jika dia berkata: Aku telah mengambil bahagianku dan aku tidak meninggalkan sisa pun.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2236]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.