Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Cukuplah seseorang itu dikira bakhil

Teks Bahasa Arab

كَفى بالمرءِ منَ الشُّحِّ أن يقولَ: آخذُ حقِّي ولا أترُكُ منهُ شيئًا.

Teks Bahasa Melayu

Cukuplah seseorang itu dikira bakhil jika dia berkata: Aku telah mengambil bahagianku dan aku tidak meninggalkan sisa pun.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2000, hadis no. 10030. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة رضي الله عنه مرفوعاً: .. کفی بالمرء من الشح أن يقول: أخذ حقي ولا أترك منه شيئاً. [ك، ((الضعيفة)) (2234)]

(Lemah) Daripada Abu Umamah RA. -diriwayat secara marfu’-: Cukuplah seseorang itu dikira bakhil jika dia berkata: Aku telah mengambil bahagianku dan aku tidak meninggalkan sisa pun. [Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2236]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.