Daif

30/06/2024

minit bacaan



Cukuplah seseorang itu dianggap jahat sekiranya dia membenci sesuatu yang dihidangkan kepadanya

Teks Bahasa Arab

كفى بالمرءِ شرًّا أن يتسخَّطَ ما قُرِّبَ إليهِ.

Teks Bahasa Melayu

Cukuplah seseorang itu dianggap jahat sekiranya dia membenci sesuatu yang dihidangkan kepadanya.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 209, hadis no. 1101. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبدالله - رضي الله عنها - مرفوعا: ((كفى بالمرء شرا أن يتسخط ما قرب إليه)). [ابن أبي الدنيا في ((قرى الضيف))، ابن بشران، أبو عوانه في ((صحيحة))، أبو بكر الأنباري في ((الأمالي))، عد، القضاعي، ((الضعيفة)) (4093)]

(Daif) Daripada Jabir bin Abdillah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Cukuplah seseorang itu dianggap jahat sekiranya dia membenci sesuatu yang dihidangkan kepadanya. [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Qira al-Dayf, Ibn Bishran, Abu ‘Awanah dalam Sahihnya, Abu Bakar al-Anbari dalam al-Amali, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Ḍu’afa’, al-Quda’ie. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4093]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.