TEKS BAHASA ARAB
كفى بالمرء شرا أن يتسخط ما قرب إليه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Cukuplah seseorang itu dianggap jahat apabila dia membenci (kebaikan) yang didekatkan kepadanya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 79, hadis nombor 391. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر بن عبدالله – رضي الله غنهما – مرفوعا: ((كفى بالمرء شراً أن يتسخط ما قرب إليه)). [ابن أبي الدنيا في ((قرى الضيف))، ابن بشران في ((الأول من الفوائد المنتقاة من الأمالي))، أبو عوانة، أبو بكر الأنباري في ((الأمالي))، عد، القضاعي، ((الضعيفة)) (4093)].
(Lemah)
Daripada Jabir bin Abdullah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Cukuplah seseorang itu dianggap jahat apabila dia membenci (kebaikan) yang didekatkan kepadanya.))
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Qura al-Dhayf, Ibn Bisyran dalam al-Awwal min al-Fawa’id al-Muntaqah min al-Amali, Abu ‘Awanah, Abu Bakr al-Anbari dalam al-Amali, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, al-Qudha’ie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4093].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.