Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَفَى بِالمَرْءِ شَرًا أنْ يَتَسَخَّطَ مَا قُرِّبَ إلَيهِ.
Teks Bahasa Melayu
Cukuplah seseorang itu dianggap jahat apabila dia membenci (kebaikan) yang didekatkan kepadanya.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 79, hadis no. 391. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر بن عبدالله - رضي الله غنهما - مرفوعا: ((كفى بالمرء شراً أن يتسخط ما قرب إليه)). [ابن أبي الدنيا في ((قرى الضيف))، ابن بشران في ((الأول من الفوائد المنتقاة من الأمالي))، أبو عوانة، أبو بكر الأنباري في ((الأمالي))، عد، القضاعي، ((الضعيفة)) (4093)].
(Daif) Daripada Jabir bin Abdullah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Cukuplah seseorang itu dianggap jahat apabila dia membenci (kebaikan) yang didekatkan kepadanya.)) [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Qura al-Dhayf, Ibn Bisyran dalam al-Awwal min al-Fawa’id al-Muntaqah min al-Amali, Abu ‘Awanah, Abu Bakr al-Anbari dalam al-Amali, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, al-Qudha’ie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4093].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman