Cukuplah pedang menjadi saksi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كفى بالسيف شا – أراد أن يقول: شاهدا – ثم أمسك وقال: لولا أن يتتابع فيه الغيران والسكران فيقتلوا، فأمسك عن ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Cukuplah pedang menjadi saksi", kemudian Baginda pun berhenti (daripada berkata apa-apa) dan setelah itu Baginda bersabda: Kalaulah dia tidak dituruti oleh perasaan cemburu dan mabuk, maka bunuhlah. Lantas Baginda menahan diri daripada membicarakan hal tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1482, hadis nombor 7566. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن، قال: لما نزلت ((والذين يرمون المحصنات ثم لم يأتوا بأربعة شهداء فاجلدوهم ثمانين جلدة ولا تقبلوا شهادة أبدا)) [النور: 4]؛ قال سعد بن عبادة: يا رسول الله! أرأيت إن رأى رجل مع امرأته رجلا فقتله أتقتلونه؟ وإن أخبر بما رأى جلد ثمانين؟ أفلا يضربه بالسيف؟ فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((كفى بالسيف شا)) – أراد أن يقول: شاهدا – ثم أمسك وقال: ((لولا أن يتتابع فيه الغيران والسكران فيقتلوا))، فأمسك عن ذلك. [أبو عبيد في ((الغريب))، ((الضعيفة)) (4091)]

(Lemah)
Daripada al-Hasan, katanya: Ketika turunnya ayat: ((Dan lelaki-lelaki yang membuat tuduhan zina terhadap wanita-wanita yang telah berkahwin, kemudian mereka tidak dapat membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka sebanyak 80 kali dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selama-lamanya)) [Surah al-Nur ayat 4]. Sa’d bin ‘Ubadah berkata: "Wahai Rasulullah! Apa pandangan tuan jika seseorang lelaki melihat ada lelaki lain bersama isterinya, lalu si suami membunuh lelaki itu, adakah mereka akan membunuhnya (kembali sebagai qisas)? Sekiranya si suami memberitahu apa yang dia lihat, maka dia disebat sebanyak 80 kali sebatan, tidak bolehkah dia (suami) membunuhnya dengan pedang?". Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Cukuplah pedang menjadi saksi", kemudian Baginda pun berhenti (daripada berkata apa-apa) dan setelah itu Baginda bersabda: "Kalaulah dia tidak dituruti oleh perasaan cemburu dan mabuk, maka bunuhlah". Lantas Baginda menahan diri daripada membicarakan hal tersebut.
[Riwayat Abu 'Ubaid dalam ((al-Gharaib)). Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4091]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.