Cukuplah mengingati mati sebagai penzuhudan di dunia dan pengharap akhirat.

TEKS BAHASA ARAB

كفى بذكر الموت مزهداً في الدنيا ومرغباً في الآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cukuplah mengingati mati sebagai penzuhudan di dunia dan pengharap akhirat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1744, hadis nombor 8787. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الربيع بن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((كفى بذكر الموت مزهداً في الدنيا ومرغباً في الآخرة.)). [ابن أبي الدنيا في ((ذم الدنيا))، ((الضعيفة)) (4095)].

(Lemah)
Daripada al-Rabi’ bin Anas RA secara marfu’-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Cukuplah mengingati mati sebagai penzuhudan di dunia dan pengharap akhirat.))
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Dzam al-Dunia. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4095].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs