Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَفَى بذِكْرِ الموتِ مُزَهِّدًا في الدنيا ومُرَغِّبًا في الآخرةِ.
Teks Bahasa Melayu
Cukuplah mengingati mati sebagai penzuhudan di dunia dan pengharap akhirat.
Sahabat Perawi
- al-Rabi' bin Anas
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1744, hadis no. 8787. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الربيع بن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((كفى بذكر الموت مزهداً في الدنيا ومرغباً في الآخرة.)). [ابن أبي الدنيا في ((ذم الدنيا))، ((الضعيفة)) (4095)].
(Lemah) Daripada al-Rabi' bin Anas RA secara marfu'-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Cukuplah mengingati mati sebagai penzuhudan di dunia dan pengharap akhirat.)) [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Dzam al-Dunia. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4095].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman