Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَفَى بِالدَهْرِ واعِظاً، وبِالمَوتِ مُفَرِّقاً.
Teks Bahasa Melayu
Cukuplah masa itu sebagai satu peringatan dan kematian sebagai pemisah.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 79, hadis no. 388. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((كفى بالدهر واعظاً، وبالموت مفرقاً)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (4087)].
(Daif) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Cukuplah masa itu sebagai satu peringatan dan kematian sebagai pemisah.)) [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4087].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman