Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Cukuplah kematian itu sebagai satu peringatan

Teks Bahasa Arab

كفَى بالموتِ واعظًا، و كفى باليقينِ غنًى، وكفَى بالعبادةِ شُغلًا.

Teks Bahasa Melayu

Cukuplah kematian itu sebagai satu peringatan, cukuplah keyakinan itu sebagai satu kekayaan dan cukuplah ibadah itu sebagai kesibukan.

Sahabat Perawi

  1. ‘Ammar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1975, hadis no. 9875. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‏ضعيف جدا) ‏عن عمار -رضي الله عنه- مرفوعا: «كفى بالموت واعظا، وكفى باليقين غنى، وكفى بالعبادة شغلا». [‏ابن الأعرابي، ‏ابن بشران ‏في «مجلس من الامالي»، أبو الفتح الأزدي في «المواعظ»، القضاعي، القاسم ابن عساكر في «تعزية المسلم»، أبو نعيم ‏في «أحاديث الكديمي»، «الضعيفة» (502)].

(Sangat Lemah) Daripada ‘Ammar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Cukuplah kematian itu sebagai satu peringatan, cukuplah keyakinan itu sebagai satu kekayaan dan cukuplah ibadah itu sebagai kesibukan. [Riwayat Ibn al-A'rabiy, Ibn Bishran dalam Majlis Min al-Amaily, Abu al-Fath al-Azdiy dalam al-Mawa‘iz al-Qada ‘iy, al-Qasim bin ‘Asakir dalam Ta‘ziyah al-Muslim dan Abu Nu‘aim dalam Ahadith al-Kudaimi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.502].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.