Cukuplah kekurangan pada diri seseorang dari segi agama apabila banyak dosa-dosanya

TEKS BAHASA ARAB

كفى بالمرء نقصا في دينه أن يكثر خطاياه ، وينقص حلمه ، ويقل حقيقته ، جيفة بالليل ، بطال بالنهار ، كسول هلوع ، منوع رتوع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cukuplah kekurangan pada diri seseorang dari segi agama apabila banyak dosa-dosanya; kurang sifat lemah lembut, kurang kebenaran (dalam perbuatan), bangkai (tidur mati) pada waktu malam, berani pada waktu siang, malas lagi berkeluh kesah, serta menghalang pemberian rezeki yang diberikan kepadanya: kedekut (namun) dia hidup mewah

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1849, hadis nombor 9332. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحكم بن عمير -رضي الله عنه- صاحب رسول الله ﷺ قال: قال رسول الله ﷺ: ((كفى بالمرء نقصا في دينه أن يكثر خطاياه، وينقص حلمه، ويقل حقيقته، جيفة بالليل، بطال بالنهار، كسول هلوع، منوع رتوع)). [حل، ((الضعيفة)) (٤٠٩٤)]

(Lemah) Daripada al-Hakam bin ‘Umayr RA sahabat Rasulullah SAW, beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Cukuplah kekurangan pada diri seseorang dari segi agama apabila banyak dosa-dosanya; kurang sifat lemah lembut, kurang kebenaran (dalam perbuatan), bangkai (tidur mati) pada waktu malam, berani pada waktu siang, malas lagi berkeluh kesah, serta menghalang pemberian rezeki yang diberikan kepadanya: kedekut (namun) dia hidup mewah [Riwayat Abū Nu‘aym dalam kitab al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4094]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs