TEKS BAHASA ARAB
كفى بذكر الموت مزهداً في الدنيا ومرغباً في الآخرة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Cukuplah dengan mengingati kematian menjadikan manusia zuhud terhadap dunia dan mendambakan akhirat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 616, hadis nombor 3211. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الربيع بن أنس مرفوعا: ((كفى بذكر الموت مزهداً في الدنيا ومرغباً في الآخرة)). [ابن أبي الدنيا في ((ذم الدنيا))، ((الضعيفة)) (4095)].
(Lemah)
Daripada al-Rabi’ bin Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Cukuplah dengan mengingati kematian menjadikan manusia zuhud terhadap dunia dan mendambakan akhirat.))
[Riwayat Ibn Abi al-Dunia dalam Zam al-Dunia. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4095].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.