Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَفَى بِذِكرِ المَوتِ مُزَهِّدًا فِي الدُنْيَا ومُرَغِّبًا فِي الآخِرَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Cukuplah dengan mengingati kematian menjadikan manusia zuhud terhadap dunia dan mendambakan akhirat.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 616, hadis no. 3211. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الربيع بن أنس مرفوعا: ((كفى بذكر الموت مزهداً في الدنيا ومرغباً في الآخرة)). [ابن أبي الدنيا في ((ذم الدنيا))، ((الضعيفة)) (4095)].
(Lemah) Daripada al-Rabi’ bin Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Cukuplah dengan mengingati kematian menjadikan manusia zuhud terhadap dunia dan mendambakan akhirat.)) [Riwayat Ibn Abi al-Dunia dalam Zam al-Dunia. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4095].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman