Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَفَى بذِكْرِ الموتِ مُزَهِّدًا في الدنيا ومُرَغِّبًا في الآخرةِ.
Teks Bahasa Melayu
Cukuplah dengan mengingati kematian akan menjadikan kita zuhud di dunia dan hanya menginginkan akhirat sahaja.
Sahabat Perawi
- Rabi’ bin Anas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2023, hadis no. 10173. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الربيع بن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: كفى بذكر الموت مزهدا في الدنيا ومرغبا في الآخرة. [ابن أبي الدنيا في ((ذم الدنيا))، ((الضعيفة)) (4095)]
(Lemah) Daripada Rabi’ bin Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Cukuplah dengan mengingati kematian akan menjadikan kita zuhud di dunia dan hanya menginginkan akhirat sahaja. [Riwayat Ibn Abu al-Dunya dalam Dzammu al-Dunya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4095]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman