Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Cukuplah buatku harapanku daripada penciptaku dan cukuplah buatku agamaku daripada duniaku

Teks Bahasa Arab

حسْبي رجائي مِنْ خالقي، وحسْبي ديني مِنْ دنياي.

Teks Bahasa Melayu

Cukuplah buatku harapanku daripada penciptaku dan cukuplah buatku agamaku daripada duniaku.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 470-471, hadis no. 2524.

(ضعيف) عن أبي ثابت قال: قال النبي ﷺ: «حسبي رجائي من خالقي، وحسبي ديني من دنياي». [حل، «الضعيفة» (3489)].

(Lemah) Daripada Abū Thābit, beliau berkata: Nabi ﷺ bersabda: "Cukuplah buatku harapanku daripada penciptaku dan cukuplah buatku agamaku daripada duniaku". [Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3489].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.