Cukuplah bagi seseorang itu untuk berdoa dengan berkata: Ya Allah! Ampunilah aku dan rahmatilah aku dan masukkanlah aku ke dalam syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

بحسب امرئ أن يدعو أن يقول: اللهم! اغفر لي، وارحمني، وأدخلني الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cukuplah bagi seseorang itu untuk berdoa dengan berkata: Ya Allah! Ampunilah aku dan rahmatilah aku dan masukkanlah aku ke dalam syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1552, hadis nombor 7868. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن السائب ابن يزيد -رضي الله عنه- أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كان يقول: ((بِحَسْبِ امْرِئٍ أَنْ يَدْعُوَ أَنْ يَقُولَ: اللَّهُمَّ! اغْفِرْ لِي، وَارْحَمْنِي، وَأَدْخِلْنِي الْجَنَّةَ)) [طب، ((الضعيفة)) (6305)]

(Lemah)
Daripada al-Saib Bin Yazid RA bahawa sesungguhnya Nabi SAW pernah bersabda: “Cukuplah bagi seseorang itu untuk berdoa dengan berkata: Ya Allah! Ampunilah aku dan rahmatilah aku dan masukkanlah aku ke dalam syurga.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6305]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.