Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
بِحَسْبِ امْرِئٍ أَنْ يَدْعُوَ أَنْ يَقُولَ: اللَّهُمَّ! اغْفِرْ لِي، وَارْحَمْنِي، وَأَدْخِلْنِي الْجَنَّةَ.
Teks Bahasa Melayu
Cukuplah bagi seseorang itu untuk berdoa dengan berkata: Ya Allah! Ampunilah aku dan rahmatilah aku dan masukkanlah aku ke dalam syurga.
Sahabat Perawi
- Al-Saib bin Yazid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1552, hadis no. 7868. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن السائب ابن يزيد -رضي الله عنه- أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كان يقول: ((بِحَسْبِ امْرِئٍ أَنْ يَدْعُوَ أَنْ يَقُولَ: اللَّهُمَّ! اغْفِرْ لِي، وَارْحَمْنِي، وَأَدْخِلْنِي الْجَنَّةَ)) [طب، ((الضعيفة)) (6305)]
(Lemah) Daripada al-Saib Bin Yazid RA bahawa sesungguhnya Nabi SAW pernah bersabda: “Cukuplah bagi seseorang itu untuk berdoa dengan berkata: Ya Allah! Ampunilah aku dan rahmatilah aku dan masukkanlah aku ke dalam syurga.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6305]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman