Cukupkanlah dengan kecukupan Allah ‘Azza wa Jalla

TEKS BAHASA ARAB

استغنوا بغناء الله -عز وجل-، قيل: وما هو؟ قال: عشاء ليلة، وغداء يوم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cukupkanlah dengan kecukupan Allah ‘Azza wa Jalla. Dikatakan: Apakah ia? Baginda bersabda: Makan malam waktu malam, dan makan tengah hari waktu siang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1981, hadis nombor 9913. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((استغنوا بغناء الله -عز وجل-))، قيل: وما هو؟ قال: ((عشاء ليلة، وغداء يوم)).
[ابن السني في ((القناعة))، ((الضعيفة)) (1523)]

(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Cukupkanlah dengan kecukupan Allah ‘Azza wa Jalla”. Dikatakan: “Apakah ia?” Baginda bersabda: “Makan malam waktu malam, dan makan tengah hari waktu siang”.
[Riwayat Ibn al-Sunnī dalam al-Qanā‘ah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1523]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs