Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Cukup bagi seseorang itu agama Islam dan uban sebagai penegah daripada perkara maksiat

Teks Bahasa Arab

كانَ يتمثَّلُ بِهَذا البَيتِ: كَفى بالإسلامِ والشَّيبِ للمَرءِ ناهيًا فقالَ أبو بكرٍ: يا نَبيَّ اللَّهِ إنَّما قال الشَّاعِرُ: كفى الشَّيبُ والإسلامُ للمَرءِ ناهيًا فقالَ أبو بَكرٍ أو عُمَرُ أشهدُ أنَّكَ رسولُ اللَّهِ؛ لِقولِ اللَّهِ -تعالى-: {وَمَا عَلَّمْنَاهُ الشِّعْرَ وَمَا يَنْبَغِي لهُ} [يس: 69].

Teks Bahasa Melayu

Adalah diumpamakan seperti bait syair ini: 'Cukup bagi seseorang itu agama Islam dan uban sebagai penegah (daripada perkara maksiat)', maka telah berkata Abu Bakar RA: 'Wahai Nabi Allah! Sesungguhnya telah berkata penyair: Cukup bagi seseorang itu agama Islam dan uban sebagai penegah (daripada perkara maksiat).' Maka telah berkata Abu Bakar atau Umar: "Aku bersaksi sesungguhnya kamu Rasulullah bersabda sebagaimana Allah SWT berfirman: 'Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah pantas baginya.'" [Yaasin: 69].

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 471, hadis no. 2525.

(ضعيف) عن الحسن مرفوعا: ((كان يتمثل بهذا البيت: كفى بالإسلام والشيب للمرء ناهيا فقال أبو بكر: يا نبي الله إنما قال الشاعر: كفى الشيب والإسلام للمرءناهيا فقال أبو بكر أو عمر: أشهد أنك رسول الله؛ لقول الله - تعالى -: {وَمَا عَلَّمْنَاهُ الشِّعْرَ وَمَا يَنْبَغِي لهُ}[يس: 69])). [ابن سعد، الثعلبي في ((التفسير))، ((الضعيفة)) (3085)]

(Lemah) Daripada Hassan al-Basri secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Adalah diumpamakan seperti bait syair ini: 'Cukup bagi seseorang itu agama Islam dan uban sebagai penegah (daripada perkara maksiat)', maka telah berkata Abu Bakar RA: 'Wahai Nabi Allah! Sesungguhnya telah berkata penyair: Cukup bagi seseorang itu agama Islam dan uban sebagai penegah (daripada perkara maksiat).' Maka telah berkata Abu Bakar atau Umar: "Aku bersaksi sesungguhnya kamu Rasulullah bersabda sebagaimana Allah SWT berfirman: 'Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah pantas baginya.'" [Yaasin: 69]. [Riwayat Ibnu Saad, al-Sa'labi dalam al-Tafsir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3085]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.