Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Cop tanda kenabian yang ada di belakang badan Nabi SAW seperti ketulan daging

Teks Bahasa Arab

كَانَ خَاتَمُ النُّبُوَّةِ فِي ظَهْرِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلُ الْبُنْدُقَةِ مِنْ لَحْمٍ عَلَيْهِ مَكْتُوبٌ : مُحَمَّدٌ رَّسُولُ اللهِ.

Teks Bahasa Melayu

Cop tanda kenabian yang ada di belakang badan Nabi SAW seperti ketulan daging, tertulis padanya Muhammad utusan Allah.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1117, hadis no. 5645. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: ان خاتم النبوة في ظَهْر رسول الله صلى الله عليه وسلم مثل البُنْدُقة من لَحْمٍ، عليه مكتوب: محمد رسولُ الله. [حب، الضعيفة (6932)].

(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau menceritakan : Cop tanda kenabian yang ada di belakang badan Nabi SAW seperti ketulan daging, tertulis padanya Muhammad utusan Allah. [Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6932]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.