Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Ciuman seorang muslim terhadap saudaranya diganti dengan berjabat tangan

Teks Bahasa Arab

قُبْلَةُ المسلمِ أخَاه: المصافَحةُ.

Teks Bahasa Melayu

Bahawa Nabi SAW bersabda: Ciuman seorang muslim terhadap saudaranya adalah: Dengan berjabat tangan. Ditanyakan kepada baginda: Wahai Rasulullah, sesungguhnya golongan musyrikin apabila mereka bertemu, adakah mereka mencium antara satu sama lain? Baginda berkata: Ciuman seorang muslim terhadap saudaranya adalah: Dengan berjabat tangan.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 207, hadis no. 1088. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس - رضي الله عنه - أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((قبلة المسلم أخاه: المصافحة)). قيل: يا رسول الله! إن المشركين إذا التقوا قبل بعضهم بعضا؟ قال: ((قبلة المسلم أخاه: المصافحة)). [ابن شاهين، عد، ((الضعيفة)) (4050)]

(Terlalu Daif) Daripada Anas RA: Bahawa Nabi SAW bersabda: Ciuman seorang muslim terhadap saudaranya adalah: Dengan berjabat tangan. Ditanyakan kepada baginda: Wahai Rasulullah, sesungguhnya golongan musyrikin apabila mereka bertemu, adakah mereka mencium antara satu sama lain? Baginda berkata: Ciuman seorang muslim terhadap saudaranya adalah: Dengan berjabat tangan. [Riwayat Ibn Shahin dan Ibn 'Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4050]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.