Ciuman seorang muslim kepada saudaranya adalah dengan berjabat tangan

TEKS BAHASA ARAB

قبلة المسلم أخاه: المصافحة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ciuman seorang muslim kepada saudaranya adalah dengan berjabat tangan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 75, hadis nombor 361. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((قبلة المسلم أخاه: المصافحة)). قيل: يا رسول الله! إن المشركين إذا التقوا قَبَّّلَ بعضُهم بعضًاً؟ قال: ((قُبْلَةُ المسلم أخَاه: المُصَافحةُ)). [ابن شاهين، عد، ((الضعيفة)) (4050)].

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: ((Ciuman seorang muslim kepada saudaranya adalah dengan berjabat tangan.)) Ditanyakan: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya golongan musyrikin apabila bertemu, mereka akan berciuman sesama mereka." Lalu Baginda bersabda: ((Ciuman seorang muslim kepada saudaranya adalah dengan berjabat tangan.))
[Riwayat Ibn Syahin, dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4050].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs