Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قُبْلَةُ المسلم أخَاه: المُصَافحةُ.
Teks Bahasa Melayu
Ciuman seorang muslim kepada saudaranya adalah dengan berjabat tangan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 75, hadis no. 361. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس - رضي الله عنه - عن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((قبلة المسلم أخاه: المصافحة)). قيل: يا رسول الله! إن المشركين إذا التقوا قَبَّّلَ بعضُهم بعضًاً؟ قال: ((قُبْلَةُ المسلم أخَاه: المُصَافحةُ)). [ابن شاهين، عد، ((الضعيفة)) (4050)].
(Terlalu Daif) Daripada Anas RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: ((Ciuman seorang muslim kepada saudaranya adalah dengan berjabat tangan.)) Ditanyakan: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya golongan musyrikin apabila bertemu, mereka akan berciuman sesama mereka." Lalu Baginda bersabda: ((Ciuman seorang muslim kepada saudaranya adalah dengan berjabat tangan.)) [Riwayat Ibn Syahin, dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4050].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman