Ciuman itu ialah kebaikan, dan kebaikan itu digandakan sebanyak sepuluh kali ganda

TEKS BAHASA ARAB

القبلة حسنة والحسنة عشرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Abu Sa’id al-Khudri RA telah datang kepada Rasulullah SAW dan bersamanya ialah anaknya lalu dia menciumnya. Rasulullah SAW bersabda: “Ciuman itu ialah kebaikan, dan kebaikan itu digandakan sebanyak sepuluh kali ganda”.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 920, hadis nombor 4717. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عمر -رضي الله عنهما- قال: جاء أبو سعيد الخدري إلى النبي -صلى الله عليه وسلم- ومعه ابنه فقبله، فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((القبلة حسنة والحسنة عشرة)).
[عد، حل، ((الضعيفة)) (1359)].

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar RA dia berkata: Abu Sa’id al-Khudri RA telah datang kepada Rasulullah SAW dan bersamanya ialah anaknya lalu dia menciumnya. Rasulullah SAW bersabda: “Ciuman itu ialah kebaikan, dan kebaikan itu digandakan sebanyak sepuluh kali ganda”.
[ٌRiwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afaa, dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1359].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.