Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
القُبْلَةُ حسنةٌ والحسنةُ عشرةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Abu Sa’id al-Khudri RA telah datang kepada Rasulullah SAW dan bersamanya ialah anaknya lalu dia menciumnya. Rasulullah SAW bersabda: “Ciuman itu ialah kebaikan, dan kebaikan itu digandakan sebanyak sepuluh kali ganda”.
Sahabat Perawi
- Ibn Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 920, hadis no. 4717. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- قال: جاء أبو سعيد الخدري إلى النبي -صلى الله عليه وسلم- ومعه ابنه فقبله، فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: القبلة حسنة والحسنة عشرة. [عد، حل، الضعيفة (1359)].
(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA dia berkata: Abu Sa’id al-Khudri RA telah datang kepada Rasulullah SAW dan bersamanya ialah anaknya lalu dia menciumnya. Rasulullah SAW bersabda: “Ciuman itu ialah kebaikan, dan kebaikan itu digandakan sebanyak sepuluh kali ganda”. [ٌRiwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afaa, dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1359].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman