Ciri Uwais al-Qarni si Penduduk Langit

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

بينا رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ في حلقة من أصحابه إذ قال: ((ليصلين معكم غداً رجل من أهل الجنة)). قال أبو هريرة: فطمعت أن أكون أنا ذلك الرجل، فغدوت فصليت خلف النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فأقمت في المسجد حتى انصرف الناس وبقيت أنا وهو، فبينا نحن عنده إذ أقبل رجل أسود متزر بخرقة، ‌مرتد برقعة، فجاء حتى وضع يده في يد رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثم قال: يا نبي الله ادع الله لي؛فدعا النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ له بالشهادة وإنا لنجد منه ريح المسك الأذفر، فقلت: يا رسول الله أهو هو؟ قال:((نعم! إنه لمملوك لبني فلان)). قلت: أفلا تشتريه فتعتقه يا نبي الله؟ قال: ((وأنى لي ذلك، إن كان الله تعالى يريد أن يجعله من ملوك الجنة يا أبا هريرة، إن لأهل الجنة ملوكاً وسادة، وإن هذا الأسود أصبح من ملوك الجنة وسادتهم. يا أبا هريرة! إن الله تعالى يحب من خلقه الأصفياء الأَخْفِياء ‌الأبرياء الشَّعِثَةَ رؤوسهم، المُغْبَرَّة وجوههم، الخَمِصَة بطونهم؛ إلا من كسب الحلال، الذين إذا استأذنوا على الأمراء؛ لم يُؤذن لهم، وإن خطبوا المتنعِّمات لم يُنكَحوا، وإن غابوا؛ لم يُفتقدوا، وإن حَضَروا؛ لم يُدْعَوا، وإن طلعوا؛ لم يُفرح بطلعتهم، وإن مَرِضوا؛ لم يُعاودوا، وإن ماتوا؛ لم يَشْهَدوا قالوا: يا رسول الله! كيف لنا برجل منهم؟ قال: ذاك أويس القرني، قالوا: وما أويس القرني؟ قال: ” أشهل ذو صهوبة، بعيد ما بين المنكبين، معتدل القامة آدم شديد الأدمة، ضارب بذقنه إلى صدره، رام بذقنه إلى موضع سجوده، واضع يمينه على شماله، يتلو القرآن، يبكي على نفسه، ذو طِمْرين لا يُؤْبَه له، مُتَّزِرٌ بإزارِ صوف ورداء صوف، مجهول في أهل الأرض، معروف في أهل السماء، لو أقسم على الله؛ لأبر قسمه، ألا وإن تحت منكبه الأيسر لمعة بيضاء، ألا وإنه إذا كان يوم القيامة؛ قيل للعباد ادخلوا الجنة، ويقال لأويس: قف فاشفع. فيُشَفِّعُه الله عز وجل في مثل عدد ربيعة ومُضَرَ، يا عمرُ ويا عليُّ، إذا أنتما لقيتماه؛ فاطلبا إليه أن يستغفر لكما يغفر الله تعالى لكما..)) الحديث بطوله. وزاد بعده: قال: فمكثا يطلبانه عشر سنين لا يقدر عليه.. إلى آخر قصة، وفيها طول، لا حاجة بنا إلى ذكرها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Rasulullah SAW dalam suatu halaqah bersama sahabat-sahabatnya, baginda bersabda: “Akan solat bersama-sama dengan kamu esok seorang lelaki dari ahli syurga.” Abu Hurairah berkata: Aku mahu menjadi lelaki itu, lalu aku berpagi-pagian dan solat di belakang Nabi SAW, lalu aku tetap di masjid sehingga manusia bersurai dan tinggal aku sahaja bersama Nabi, lalu datang seorang lelaki hitam yang memakai kain, dan berselendangkan kulit, datang dan meletakkan tangannya ke atas tangan Rasulullah SAW kemudian berkata: “Wahai Nabi Allah doakanlah untukku”, lalu Nabi SAW mendoakannya dengan syahadah, dan kami menghidu darinya bau kasturi lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah diakah yang dimaksudkan?” Nabi bersabda: “Ya, Dia adalah hamba bagi Bani fulan.” Aku berkata: “Tidakkah kamu ingin membeli dan membebaskannya wahai Nabi Allah?” Baginda bersabda: “Aku tidak boleh melakukannya jika Allah ingin menjadikannya raja di syurga wahai Abu Hurairah. Bagi ahli syurga itu raja dan ketua, lelaki hitam ini akan menjadi raja di syurga dan ketua mereka. Wahai Abu Hurairah! Sesungguhnya Allah menyukai dari kalangan hamba-Nya orang yang suci, yang takut, yang sangat baik, yang berhabuk kepala dan wajah mereka dengan debu, perut mereka hanya diisi dengan yang halal, yang mana jika mereka meminta izin dari para pemimpin, mereka tidak diberikan izin, jika mereka meminang perempuan yang baik mereka tidak dikahwinkan, apabila mereka hilang mereka tidak dicari, apabila mereka hadir, mereka tidak diundang, jika mereka muncul, kemunculan mereka tidak disenangi, jika mereka sakit, mereka tidak diziarahi, jika mereka mati, mereka tidak disaksikan (kematiannya).” Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimana kami (boleh mengenali) lelaki dari kalangan mereka itu? Baginda bersabda: “Dia adalah Uwais al-Qarni?” Mereka bertanya: “Dan siapakah itu Uwais al-Qarni?” Baginda berkata: “Dia adalah seorang lelaki yang bermata kebiruan, berambut kekuningan, lebar dadanya, tegak badannya, gelap kulitnya, dagunya merapat ke dadanya, dagunya sentiasa diletakkan ke tempat sujud, dia sentiasa meletakkan sisi kanannya berada di atas sisi kirinya, selalu membaca al-Quran, dia menangisi dirinya, mempunyai dua helai pakaian sahaja, tidak dipedulikan orang, memakai kain dan selendang daripada bulu, tidak dikenali di dunia, namun dikenali di langit, jika dia bersumpah demi Allah, nescaya Allah akan sempurnakan sumpahnya untuknya, dibawah bahu kirinya ada tompokan putih, jika datang hari kiamat, dikatakan kepada hamba-hamba Allah (yang lain) masuklah ke dalam syurga, dikatakan kepada Uwais: Bangunlah dan berikanlah syafaat. Lalu Allah memperkenankan syafaatNya sebanyak (bilangan bani) Rabiah dan Mudhar, wahai Umar dan Ali, jika kamu berdua menemuinya, maka mohonlah darinya agar meminta ampun bagi kamu berdua, nescaya Allah akan mengampunkan kamu berdua.” Hadith ini panjang. ditambah lagi selepas itu: Maka mereka terus mencarinya selama 10 tahun tetapi tidak ditemui… sehingga akhir kisah ini. tambahan ini tidak perlu disebutkan.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 632 – 633, hadis nombor 3285. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه -، قال: بينا رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ في حلقة من أصحابه إذ قال: ((ليصلين معكم غداً رجل من أهل الجنة)). قال أبو هريرة: فطمعت أن أكون أنا ذلك الرجل، فغدوت فصليت خلف النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فأقمت في المسجد حتى انصرف الناس وبقيت أنا وهو، فبينا نحن عنده إذ أقبل رجل أسود متزر بخرقة، ‌مرتد برقعة، فجاء حتى وضع يده في يد رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثم قال: يا نبي الله ادع الله لي؛فدعا النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ له بالشهادة وإنا لنجد منه ريح المسك الأذفر، فقلت: يا رسول الله أهو هو؟ قال:((نعم! إنه لمملوك لبني فلان)). قلت: أفلا تشتريه فتعتقه يا نبي الله؟ قال: ((وأنى لي ذلك، إن كان الله تعالى يريد أن يجعله من ملوك الجنة يا أبا هريرة، إن لأهل الجنة ملوكاً وسادة، وإن هذا الأسود أصبح من ملوك الجنة وسادتهم. يا أبا هريرة! إن الله تعالى يحب من خلقه الأصفياء الأَخْفِياء ‌الأبرياء الشَّعِثَةَ رؤوسهم، المُغْبَرَّة وجوههم، الخَمِصَة بطونهم؛ إلا من كسب الحلال، الذين إذا استأذنوا على الأمراء؛ لم يُؤذن لهم، وإن خطبوا المتنعِّمات لم يُنكَحوا، وإن غابوا؛ لم يُفتقدوا، وإن حَضَروا؛ لم يُدْعَوا، وإن طلعوا؛ لم يُفرح بطلعتهم، وإن مَرِضوا؛ لم يُعاودوا، وإن ماتوا؛ لم يَشْهَدوا قالوا: يا رسول الله! كيف لنا برجل منهم؟ قال: ذاك أويس القرني، قالوا: وما أويس القرني؟ قال: ” أشهل ذو صهوبة، بعيد ما بين المنكبين، معتدل القامة آدم شديد الأدمة، ضارب بذقنه إلى صدره، رام بذقنه إلى موضع سجوده، واضع يمينه على شماله، يتلو القرآن، يبكي على نفسه، ذو طِمْرين لا يُؤْبَه له، مُتَّزِرٌ بإزارِ صوف ورداء صوف، مجهول في أهل الأرض، معروف في أهل السماء، لو أقسم على الله؛ لأبر قسمه، ألا وإن تحت منكبه الأيسر لمعة بيضاء، ألا وإنه إذا كان يوم القيامة؛ قيل للعباد ادخلوا الجنة، ويقال لأويس: قف فاشفع. فيُشَفِّعُه الله عز وجل في مثل عدد ربيعة ومُضَرَ، يا عمرُ ويا عليُّ، إذا أنتما لقيتماه؛ فاطلبا إليه أن يستغفر لكما يغفر الله تعالى لكما..)) الحديث بطوله. وزاد بعده: قال: فمكثا يطلبانه عشر سنين لا يقدر عليه.. إلى آخر قصة، وفيها طول، لا حاجة بنا إلى ذكرها. [حل، الرافعي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6276)].

(Sangat Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Ketika Rasulullah SAW dalam suatu halaqah bersama sahabat-sahabatnya, baginda bersabda: “Akan solat bersama-sama dengan kamu esok seorang lelaki dari ahli syurga.” Abu Hurairah berkata: Aku berhasrat mahu menjadi lelaki itu, lalu aku berpagi-pagian dan solat di belakang Nabi SAW, lalu aku tetap di masjid sehingga manusia bersurai dan tinggal aku sahaja bersama Nabi, lalu datang seorang lelaki hitam yang memakai kain dengan sehelai potongan kain, dan berbaju dengan sehelai potongan kain, datang dan meletakkan tangannya ke atas tangan Rasulullah SAW kemudian berkata: “Wahai Nabi Allah doakanlah untukku”, lalu Nabi SAW mendoakannya dengan syahadah, dan kami menghidu darinya bau kasturi lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah diakah yang dimaksudkan?” Nabi bersabda: “Ya, Dia adalah hamba bagi Bani fulan.” Aku berkata: “Tidakkah kamu ingin membeli dan membebaskannya wahai Nabi Allah?” Baginda bersabda: “Aku tidak boleh melakukannya jika Allah ingin menjadikannya raja di syurga wahai Abu Hurairah. Bagi ahli syurga itu raja dan ketua, lelaki hitam ini akan menjadi raja di syurga dan ketua mereka. Wahai Abu Hurairah! Sesungguhnya Allah menyukai dari kalangan hamba-Nya orang yang suci, yang takut, yang sangat baik, yang berhabuk kepala dan wajah mereka dengan debu, perut mereka hanya diisi dengan yang halal, yang mana jika mereka meminta izin dari para pemimpin, mereka tidak diberikan izin, jika mereka meminang perempuan yang baik mereka tidak dikahwinkan, apabila mereka hilang mereka tidak dicari, apabila mereka hadir, mereka tidak diundang, jika mereka muncul, kemunculan mereka tidak disenangi, jika mereka sakit, mereka tidak diziarahi, jika mereka mati, mereka tidak disaksikan (kematiannya).” Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimana kami (boleh mengenali) lelaki dari kalangan mereka itu? Baginda bersabda: “Dia adalah Uwais al-Qarani?” Mereka bertanya: “Dan siapakah itu Uwais al-Qarani?” Baginda berkata: “Dia adalah seorang lelaki yang bermata kebiruan, berambut kekuningan, lebar dadanya, tegak badannya, gelap kulitnya, dagunya merapat ke dadanya, dagunya sentiasa diletakkan ke tempat sujud, dia sentiasa meletakkan sisi kanannya berada di atas sisi kirinya, selalu membaca al-Quran, dia menangisi dirinya, mempunyai dua helai pakaian sahaja, tidak dipedulikan orang, memakai kain dan selendang daripada bulu, tidak dikenali di dunia, namun dikenali di langit, jika dia bersumpah demi Allah, nescaya Dia akan sempurnakan sumpahnya untuknya, di bawah bahu kirinya ada tompokan putih, jika datang hari kiamat, dikatakan kepada hamba-hamba Allah (yang lain) masuklah ke dalam syurga, dikatakan kepada Uwais: Bangunlah dan berikanlah syafaat. Lalu Allah memperkenankan syafaatNya sebanyak (bilangan bani) Rabiah dan Mudhar, wahai Umar dan Ali, jika kamu berdua menemuinya, maka mohonlah darinya agar dia meminta ampun bagi kamu berdua, nescaya Allah akan mengampunkan kamu berdua.” Hadith ini panjang. ditambah lagi selepas itu: Maka mereka terus mencarinya selama 10 tahun tetapi tidak ditemui… sehingga akhir kisah ini. tambahan ini tidak perlu disebutkan.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyat al-Awliya’, al-Rafi’i dalam Tarikh Qazwin dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6276].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.