Ciri-ciri orang munafik: Apabila dia bercakap dia berbohong, apabila dia berjanji dia mungkiri dan apabila dia diberi amanah dia khianati

TEKS BAHASA ARAB

آيات المنافق: إذا حدث كذب وإذا وعد أخلف وإذا ائتمن خان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ciri-ciri orang munafik: Apabila dia bercakap dia berbohong, apabila dia berjanji dia mungkiri dan apabila dia diberi amanah dia khianati.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 24, hadis nombor 65. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي بكر الصديق – رضي الله عنه – أن النبي – صلى الله عليه وسلم- قال: ((آيات المنافق: إذا حدث كذب وإذا وعد أخلف وإذا ائتمن خان)).
[طس، ((الضعيفة)) (1544)]

(Sangat Lemah) Daripada Abu Bakr al-Siddiq RA bahawa Nabi SAW bersabda: Ciri-ciri orang munafik: Apabila dia bercakap dia berbohong, apabila dia berjanji dia mungkiri dan apabila dia diberi amanah dia khianati.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1544]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs