Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
آيَات المُنافِقِ: إذا حَدَّثَ كَذَبَ، وإذا وعَدَ أخْلَفَ وإذا اؤْتُمِنَ خانَ.
Teks Bahasa Melayu
Ciri-ciri orang munafik: Apabila dia bercakap dia berbohong, apabila dia berjanji dia mungkiri dan apabila dia diberi amanah dia khianati.
Sahabat Perawi
- Abu Bakr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 24, hadis no. 65. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي بكر الصديق - رضي الله عنه - أن النبي - صلى الله عليه وسلم- قال: ((آيات المنافق: إذا حدث كذب وإذا وعد أخلف وإذا ائتمن خان)). [طس، ((الضعيفة)) (1544)]
(Terlalu Daif) Daripada Abu Bakr al-Siddiq RA bahawa Nabi SAW bersabda: Ciri-ciri orang munafik: Apabila dia bercakap dia berbohong, apabila dia berjanji dia mungkiri dan apabila dia diberi amanah dia khianati. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1544]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman