Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا عليُّ أنتَ وأصحابُك في الجنَّةِ، أنتَ وشيعتُك في الجنَّةِ، إلَّا أنَّهُ مِمَّن يزعمُ أنه يحبُكَ، أقوامٌ يَضفُزونَ الإسلامُ ثُمَّ يلفِظونَهُ، يقرأونَ القرآنَ لا يجاوِزُ تراقيَهُم، لهم نبزٌ, يقال لهم: الرَّافِضةُ، فإن أدرَكتَهم فجاهِدْهم، فإنَّهُم مشرِكونَ. فقلتُ: يا رسولَ اللَّهَ ما العلامةُ فيهِم؟ قال: لا يشهَدونَ جُمعةً ولا جماعةً، ويطعَنونَ على السَّلَفِ الأوَّلِ.
Teks Bahasa Melayu
"Wahai Ali! Engkau dan sahabatmu di syurga, engkau dan kumpulanmu di syurga, kecuali orang yang mendakwa dia mencintaimu, (daripada) kaum yang menerima Islam namun kemudian meninggalkannya, mereka membaca al-Quran namun ia sekadar melepasi kerongkong mereka (tidak dihayati dalam kehidupan seharian), mereka mempunyai satu gelaran yang buruk, mereka dipanggil al-Rafidhah, jika kamu berjumpa mereka maka perangilah mereka, kerana mereka adalah kaum musyrikin." Lalu aku berkata: "Wahai Rasulullah! Apakah ciri-ciri mereka?" Baginda bersabda: "Mereka tidak solat Jumaat mahupun berjemaah, dan mereka suka mencaci golongan salaf yang awal.”
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 849, hadis no. 4352. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ummu Salamah RA berkata: Malam itu giliran malamku, dan Nabi SAW bersamaku, lalu Fatimah mendatangi baginda, dan didahului oleh Ali. Lalu Nabi SAW berkata kepadanya: “Wahai Ali! Engkau dan sahabatmu di syurga, engkau dan kumpulanmu di syurga, kecuali orang yang mendakwa dia mencintaimu, (daripada) kaum yang menerima Islam namun kemudian meninggalkannya, mereka membaca al-Quran namun ia sekadar melepasi kerongkong mereka (tidak dihayati dalam kehidupan seharian), mereka mempunyai satu gelaran yang buruk, mereka dipanggil al-Rafidhah, jika kamu berjumpa mereka maka perangilah mereka, kerana mereka adalah kaum musyrikin. Lalu aku berkata: "Wahai Rasulullah! Apakah ciri-ciri mereka?" Baginda bersabda: "Mereka tidak solat Jumaat mahupun berjemaah, dan mereka suka mencaci golongan salaf yang awal.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5590].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman