Cintamu akan sesuatu, akan membutakan dan memekakkan

TEKS BAHASA ARAB

حبك الشيء يعمي ويصم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cintamu akan sesuatu, akan membutakan dan memekakkan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1984, hadis nombor 9929. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((حبك الشيء يعمي ويصم)).
[تخ، د، حم، عبد بن حميد، الدولابي، عد، القضاعي، أبو بكر الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1868)]

(Lemah) Daripada Abū al-Dardā’ RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Cintamu akan sesuatu, akan membutakan dan memekakkan.
[Riwayat al-Bukhārī dalam al-Tārīkh al-Kabīr, Abū Daūd dalam al-Sunan, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, ‘Abd bin Ḥumaid dalam al-Muntakhab min al-Musnad, al-Dūlābī dalam al-Kunā wa al-Asmā’, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb, Abū Bakr al-Kalābādhī dalam Miftāḥ al-Ma‘ānī, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1868]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs