Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Cintakan tanah air adalah suatu peperangan

Teks Bahasa Arab

حُبُّ الْوَطَنِ قِتَالٌ.

Teks Bahasa Melayu

Cintakan tanah air adalah suatu peperangan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 32, hadis no. 112. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بحديث وفي معناه ما قاله الأصمعي قالت الهند ثلاث خصال في ثلاثة أصناف من الحيوان الإبل تحن إلى أوطانها وإن كان عهدها بعيدا والطير إلى وكره وإن كان موضعه مجدبا والإنسان إلى وطنه وإن كان غيره أكثر نفعا.

Ia bukan hadith. Semakna dengannya adalah apa yang diucapkan oleh al-Asma'ei: Orang India berkata: "Tidak ciri-ciri yang ada pada tiga jenis haiwan; iaitu unta menangis rindukan tanah airnya sekalipun tempohnya jauh, burung pula pada sarangnya sekalipun tempatnya gersang dan manusia kepada tanah airnya sekalipun tempat lain itu lebih banyak manfaat".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.