Classification icon

Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Cintakan dunia adalah punca segala kesalahan

Teks Bahasa Arab

حُبُّ الدُّنْيا رَأسُ كُلِّ خَطِيئَةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Cintakan dunia adalah punca segala kesalahan.

Sahabat Perawi

  1. al-Hassan RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 32, hadis no. 153. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ia daripada kalam 'Isa A.S. sebagaimana disebutkan secara pasti oleh para huffaz, antaranya adalah penulis sendiri dalam fatwa beliau. Saya turut menemui hadith tersebut secara bersanad hingga kepada Wuhaib, katanya: "'Isa berkata", lalu beliau menyebutkannya dalam perbicaraan 'Isa dengan hawariyyin beliau, dikeluarkan oleh al-Dinawari dalam al-Mujalasah.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.