Cintailah Suhaib sepertimana seorang ibu mencintai anaknya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أحبوا صهيبا حب الوالدة لولدها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cintailah Suhaib sepertimana seorang ibu mencintai anaknya.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1800, hadis nombor 9072. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن صهيب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أحبوا صهيبا حب الوالدة لولدها)). [ك، ابن عساكر، ((الضعيفة))(1793)].

(Sangat Lemah) Daripada Suhaib RA berkata, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Cintailah Suhaib sepertimana seorang ibu mencintai anaknya. [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da’ ifah, no. 1793]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.