Cintailah Quraisy; sesungguhnya siapa yang mencintai mereka, Allah ta'ala akan mencintainya

TEKS BAHASA ARAB

أحبوا قريشاً؛ فإنه من أحبهم أحبه الله تعالى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cintailah Quraisy; sesungguhnya siapa yang mencintai mereka, Allah ta’ala akan mencintainya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1783, hadis nombor 8978. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن سهل الساعدي – رضي الله عنه – مرفوعاً: «أحبوا قريشاً؛ فإنه من أحبهم أحبه الله – تعالى-». [الحسن بن عرفة في «جزئه»، «الضعيفة» (650)].

(Sangat Lemah) Daripada Sahl al-Sa’adi RA, Nabi SAW bersabda: “Cintailah Quraisy; sesungguhnya siapa yang mencintai mereka, Allah ta’ala akan mencintainya.” [Riwayat al-Hasan bin ‘Urfah dalam juzuknya. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 650]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.