Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أحِبُّوا قريشًا ، فإنَّه مَن أحبَّهم أحبَّه اللهُ تعالَى.
Teks Bahasa Melayu
Cintailah Quraisy; sesungguhnya siapa yang mencintai mereka, Allah ta'ala akan mencintainya.
Sahabat Perawi
- Sahl al-Sa’adi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1783, hadis no. 8978. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن سهل الساعدي - رضي الله عنه - مرفوعاً: «أحبوا قريشاً؛ فإنه من أحبهم أحبه الله - تعالى-». [الحسن بن عرفة في «جزئه»، «الضعيفة» (650)].
(Sangat Lemah) Daripada Sahl al-Sa’adi RA, Nabi SAW bersabda: “Cintailah Quraisy; sesungguhnya siapa yang mencintai mereka, Allah ta'ala akan mencintainya.” [Riwayat al-Hasan bin ‘Urfah dalam juzuknya. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 650]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman