Cintailah orang fakir miskin dan duduklah bersama mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أحبوا الفقراء ‌وجالسوهم، وأحب العرب من قلبك وليردك عن الناس ما تعلم من قلبك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cintailah orang fakir miskin dan duduklah bersama mereka. Cintailah orang Arab sepenuh hatimu, dan hendaklah pengetahuanmu dapat (bantu) mempertahankan orang lain sepenuh hatimu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 597, hadis nombor 3082. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أحبوا الفقراء ‌وجالسوهم، وأحب العرب من قلبك وليردك عن الناس ما تعلم من قلبك)). [ك، ((الضعيفة)) (1838)].

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): ((Cintailah orang fakir miskin dan duduklah bersama mereka. Cintailah orang Arab sepenuh hatimu, dan hendaklah pengetahuanmu dapat (bantu) mempertahankan orang lain sepenuh hatimu.)) [Mustadrak al-Hakim. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1838]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.