Cintailah orang Arab kerana tiga perkara

TEKS BAHASA ARAB

أحبوا العرب لثلاث؛ لأني عربي، والقرآن عربي، وكلام أهل الجنة عربي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cintailah orang Arab kerana tiga perkara: Kerana aku ialah orang Arab, al-Quran dalam bahasa Arab dan kata-kata ahli syurga adalah dalam bahasa Arab.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1777, hadis nombor 8934. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((أحبوا العرب لثلاث؛ لأني عربي، والقرآن عربي، وكلام أهل الجنة عربي)). [ك، وفي ((معرفة علوم الحديث))، عق، طب، طس، تمام، الضياء في ((صفة الجنة))، هب، الواحدي في ((تفسيره))، ابن عساكر، أبو بكر الأنباري في ((الوقف والابتداء))، ((الضعيفة)) (160)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Cintailah orang Arab kerana tiga perkara: Kerana aku ialah orang Arab, al-Quran dalam bahasa Arab dan kata-kata ahli syurga adalah dalam bahasa Arab.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak dan Ma‘rifah ‘Ulūm al-Ḥadīth, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Tammām al-Rāzī dalam al-Fawāid, al-Ḍiyā’ dalam Ṣifah al-Jannah, al-Baihaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, al-Wāḥidī dalam Tafsirnya, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq, Abū Bakr al-Anbārī dalam Īḍāh al-Waqf dan al-Ibtidā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 160]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs