TEKS BAHASA ARAB
أحبوا بني تميم وفي رواية: سدوس أبا القاسم، فوالله إن منحتم بمثله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Cintailah Bani Tamim. Dalam riwayat lain: Bani Sadus wahai Abu al-Qasim. Demi Allah, jika kalian dikurniakan semisal dengannya.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1947, hadis nombor 9753. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة قال: ربما ضرب النبي صلى الله عليه وسلم على كتفي وقال: أحبوا بني تميم (وفي رواية: سدوس) أبا القاسم، فوالله إن منحتم بمثله.
[تخ، البزار، ((الضعيفة)) (6797)]
(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Kemungkinan Nabi memukul bahu saya sambil Baginda bersabda: Cintailah Bani Tamim. Dalam riwayat lain: Bani Sadus wahai Abu al-Qasim. Demi Allah, jika kalian dikurniakan semisal dengannya.
[Riwayat Bukhari dalam al-Tarikh, al-Bazzar dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6797]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.