Cintailah bangsa Arab kerana tiga perkara

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أحبوا العرب لثلاث؛ لأني عربي، وكلام أهل الجنة عربي، والقرآن عربي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Cintailah bangsa Arab kerana tiga perkara: Kerana aku adalah orang Arab, perkataan ahli syurga adalah dalam bahasa Arab, dan al-Quran adalah dalam bahasa Arab.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 413, hadis nombor 167. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن ابن عباس مرفوعا، وقال: لا أصل له، وقد ذكره ابن الجوزي في الموضوعات.
وقال في اللآلىء: الحديث أخرجه الطبراني والحاكم في المستدرك، وصححه والبيهقي في شعب الإيمان وتعقبه الذهبي فقال يحيى ين يزيد: ضعفه أحمد وغيره والعلاء بن عمروالحنفي ليس بعمدة ومحمد بن الفضل متهم فليس يصلح للمتابعات. قال: وأظن الحديث موضوعا وله شاهد رواه الطبراني في الأوسط عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: أنا عربي والقرآن عربي ولسان أهل الجنة عربي.

Diriwayatkan oleh al-Uqaili daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Tiada asal baginya. Ibn al-Jauzi menyatakannya dalam al-Maudhu’at.
Dia berkata dalam al-Laali’: Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabarani dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dan dia menilainya sebagai sahih. Al-Baihaqi meriwayatkannya dalam Syu’ab al-Iman dan dikomentar oleh al-Zahabi. Dia berkata Yahya bin Yazid dinilai dhaif oleh Ahmad dan selainnya. Al-Ala’ bin Amru al-Hanafi bukan hujah. Muhammad bin al-Fadhl adalah orang yang dituduh berdusta, jadi ia tidak boleh dijadikan riwayat sokongan. Dia berkata: Aku merasakan hadith ini palsu. Ada jalur lain yang diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Awsat daripada Abu Hurairah dia berkata: Nabi SAW bersabda: Aku adalah orang Arab, al-Quran dalam bahasa Arab, dan lidah ahli syurga adalah dalam bahasa Arab.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs