Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: أَحِبُّوا الْعَرَبَ لِثَلاثٍ؛ لأَنِّي عَرَبِيٌّ، وَكَلامُ أَهْلِ الْجَنَّةِ عَرَبِيٌّ، وَالْقُرْآنُ عَرَبِيٌّ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Cintailah bangsa Arab kerana tiga perkara: Kerana aku adalah orang Arab, perkataan ahli syurga adalah dalam bahasa Arab, dan al-Quran adalah dalam bahasa Arab.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 413, hadis no. 167. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه العقيلي عن ابن عباس مرفوعا، وقال: لا أصل له، وقد ذكره ابن الجوزي في الموضوعات. وقال في اللآلىء: الحديث أخرجه الطبراني والحاكم في المستدرك، وصححه والبيهقي في شعب الإيمان وتعقبه الذهبي فقال يحيى ين يزيد: ضعفه أحمد وغيره والعلاء بن عمروالحنفي ليس بعمدة ومحمد بن الفضل متهم فليس يصلح للمتابعات. قال: وأظن الحديث موضوعا وله شاهد رواه الطبراني في الأوسط عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: أنا عربي والقرآن عربي ولسان أهل الجنة عربي.
Diriwayatkan oleh al-Uqaili daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Tiada asal baginya. Ibn al-Jauzi menyatakannya dalam al-Maudhu'at. Dia berkata dalam al-Laali’: Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabarani dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dan dia menilainya sebagai sahih. Al-Baihaqi meriwayatkannya dalam Syu'ab al-Iman dan dikomentar oleh al-Zahabi. Dia berkata Yahya bin Yazid dinilai daif oleh Ahmad dan selainnya. Al-Ala’ bin Amru al-Hanafi bukan hujah. Muhammad bin al-Fadhl adalah orang yang dituduh berdusta, jadi ia tidak boleh dijadikan riwayat sokongan. Dia berkata: Aku merasakan hadith ini palsu. Ada jalur lain yang diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Awsat daripada Abu Hurairah dia berkata: Nabi SAW bersabda: Aku adalah orang Arab, al-Quran dalam bahasa Arab, dan lidah ahli syurga adalah dalam bahasa Arab.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman